24 April 2014

ARAHAN UNTUK CAWANGAN PIKET 9/5 (BAS)

Ahli-ahli RUM yang terlibat dengan tindakan Piket, sila merujuk kepada cawangan, pihak ibu pejabat RUM menyediakan sekurang-kurangnya sebuah bas bagi satu cawangan di luar lembah Klang, sekiranya boleh setiap cawangan perlu menyediakan 2 buah atau lebih bagi satu cawangan. 

Pihak cawangan iaitu Pengerusi / Setiausaha dan Jawatankuasa Cawangan perlu berusaha gigih memastikan setiap ahli yang berfaedah turun untuk Piket 9/5.

Pergerakan BAS dari cawangan - cawangan RUM mestilah bersesuaian dengan waktu, perlu melihat persekitaran, cuaca dan kesesakan lalu lintas di sekitar kuala lumpur.

Adalah diharapkan, sebaik-baiknya BAS bertolak awal dan sebolehnya solat di Masjid Negara bagi memudahkan pengaturan keselamatan dan keselesaan ahli, jangan kelam kabut kerana ianya melibatkan keselamatan ahli, rancang perjalanan dengan bijak.

Pihak Ibu Pejabat berharap semua ahli-ahli RUM berkumpul di stesen KLO jam 3.45 petang untuk bacaan doa selamat dan taklimat keselamatan.

Harap maklum, kerana Piket yang terdahulu cawangan hadir agak lambat kerana kesesakan jalan raya.

Kerjasama amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB